Assalamualaikum , Hi There Thanks Because Come Here And Visit My Blog :)

Followers

Keyakinan Diri


Assalamualaikum 
Tengok entry kali ni . Ye , keyakinan diri . Shakirah ada kelemahan . Shakirah memang takda keyakinan diri . Eh bukan takda just kurang je . Shakirah tak yakin denagn diri shakirah sendiri . For sure , shakirah benci perasaan macam ni . Tak pernah yakin dalam sesuatu benda yang shakirah dah buat . Ok contoh nya bila exam start dari shakirah UPSR sampailah SPM lagi . Bila dah jawab exam tu shakirah takot sangat nak bagitahu ayah senang atau tak . Shakirah takot keputusan yang shakirah dapat tak dapat nak gembirakan hati mak ayah , dan bila orang tanya senang atau susah exam . jarang sangat shakirah akan cakap senang . cth nyaa .

Susah tak ? boleh jawab tak ?
shakirah akan jawan : ntah lahh / susah lahh / boleh lah

 Nak tahu tak kenapa shakirah jawab macam tuh ? Hehe . Shakirah takut bila shakirah cakap senang tapi bila keluar result tetibe result tk okay . Haiyakkk malu nanti XD . Kata je senang tapi tak dapat best result pun . Amboi kalau macam tu tutup muka tak nak bukak bukak . 


Apa yang shakirah harap , shakirah dapat tingkatkan keyakinan diri ni . Shakirah tak boleh lemah kan . Shakirah kuat . Come on shakirah . Apa lemah lemah ni .  Dah dewasa kan kkiki . Dewasa lah sangat ! Okay okay tiba tiba semangat datang dengan sendirinya Hihi . Cepat reramai support shakirah . Go shakirah Go ! *thanks thanks* heheh . Okay lah babai readers :)
Assalamualaikum :)

Thanks For Reading , Come Again , Youu Are My Super Dupper Reader :) !

Perubahan Diri


Perubahan diri bukan bermaksud  perubahan bentuk badan dari gemok ke kurus/ramping . Perubahan diri yang dimaksudkan oleh shakirah perubahan diri dari jahil ke jalan yang lebih baik . Shakirah nak bebaskan diri shakirah yang sekarang ni . Cukuplah shakirah jahil dulu . Cukuplah shakirah kurang ilmu agama dulu . Cukuplah shakirah buat dosa dulu . Shakirah taknak buat lagi :'(

Not for a second time . I will change . I'm promise to my self  for my future . I'm sorry for what i have do. I know all my fault. I need someone, who will give some spirit in everything what i do . Please give me your strength my dear . I'm not good enough :'(

Hey awak yang jadi sahabat  baik shakirah siang dan malam . Yee , awak yang sedang baca ni . Nasihatkan shakirah andai shakirah terleka nanti . Nasihatkan shakirah andai shakirah terpesong dari jalan-Nya . Jangan biarkan shakirah hanyut dengan keseronokan duniar luar yang tak pasti . Ingatkan shakirah andai lebih mementingkan dunia berbanding akhirat . Jangan biarkan shakirah terus terleka dengan semua ni . 







Thanks For Reading , Come Again , Youu Are My Super Dupper Reader :) !

Can I ?




Rindu,
Kadang-kadang hadir tanpa diundang
Kadang-kadang hadirnya menyakitkan
Menyesakkan dada dengan sebak
Menitiskan air mata hangat

Kasih,
Bahagia bila ia mekar
Bercahaya bila ia bersinar
Hangat menyelimuti dikala dingin pagi
Hangat membahang ketika dipanah mentari

Cinta
Hadirnya dinanti sekeping hati
Agar esok rindu dan kasih bersatu
Menjadi cinta yang tersimpul mati




Thanks For Reading , Come Again , Youu Are My Super Dupper Reader :) !

Happy Birthday To Me XD




Assalamualaikum .
 Bosan k malam ni . Bosan sangat sangat . Kenapa bosan ? Takda orang text , Twitter yang aku rasa memboringkan , Facebook yang membosankan . Ok sama je semua sebenarnya . Shakirah rasa dah biasa sangat hidup sorang sorang . Takda sapa faham apa shakirah rasa sekarang . Whatever lah jom cerita pasal birthday 11/11 hari tu heheh . Ecece sukaaa sukaa XD

Malam tu shakirah tidur awal sebab penat sangat masa tuh . Pukul 12 ada orang call . Sapa org tu ? Halahh si kasim le Heh . Tapi macam biasa lah si pekak nih mana le dengar  Hehe . Berapa kali tuh baru angkat call . Then borak borak , tetiba dia kata nak nyanyi kan lagu . Lagu tu dia cipta sendiri  tau . Ohhmyyy sooo teruja Huhu . Hmm nak ke ek tulis lirik tu dekat sini ? Tak tak , Ehh mana boleh lirik lagu tu orang speacial je boleh tahu :) Tapi pelik lah masa tuh dia tak nyanyi pun lagu Happy Birthdayy . Apesal ek . Hm ntahlahh . Ramai sgt yang wish . Terima kasih ye semua . Rasa nak hug je semua semua Hehe *Lebih lebih pulak dahh :)

Dapat call free . And sukati kita lah nak call sape pun takda org halang pun Hehe . Blablablablabla . Dah lah malas nak cerita yang lain lain panjang ahhhh .



Kek yang pertama dapat . Thanks busu Hehe :)


Lappy . Thanks mak ayah . Sayang both of you :)


Kek secret recipe , akiem bagi . Thanks :) 
And tak sangka dapat kek besar n mahal macam tu sekali .
Orang hargai apa yang akiem buat untuk org . I'm sorry :')


Last sekali dapat tabung star dari zieqa Heheh .
 Tapi yg atas ni bukan . Amik kat internet je .
 Malas nak upload Huhuhuh Sayang ieka . Much of love . Hug kiri kanan :*


Okay lah malam sangat dah nih . Ngantuk yang teramat *pengsan . Okay selamat malam semuaaa .  Assalamualaikum .

Thanks For Reading , Come Again , Youu Are My Super Dupper Reader :) !

Kebosanan ~

Assalamualaikum. 
Bila tangan menyemtuh keyboard bermakna hari ni adalah hari yang membosankan bila berada di rumah . Yes , without holiday with my family . Okay memang dah biasa bila hari cuti ibu bapa akan terlalu busy dengan kerja kerja dan kerja but its okay sebab untuk masa depan kitorang adik beradik jugak . Kalau mak ayah tak kerja sape pulak nak tanggung makan minum kitorang ni kan . Takda sape pun yang akan tanggung k . Kitorang ni semua bukan ada suami sendiri pun :p 

Macam macam rasanya nak cerita tapi tak tahu nak cerita yang mana satu . Firstly , ramai yang tanya pasal entry sebelum ni and ramai sgt yang dah salah faham . Entry yang sebelum ni bukan shakirah yang tulis . Ada lah someone menceroboh blog shakirah . Eheemmmm :) Dia gantikan tempat shakirah untuk bercerita sebab kann dah lama sangat tak update . Ok stop . Jangan salah faham lagi tau :p 

Mungkin ramai yang dah tahu * Takda lah ramai sangat . Bajet macam artis pulak dah aku nih . Haihh . Parents shakirah mohonkan second intake uitm and finally dapat . Course dip perakaunan . Haa ? Gembira ? Tak tahu lah nak cakap macam mana . Rasa bersyukur tu ada , sedih pun ada . Bercampur baur perasaan . And sampai sekarang shakirah masih tak tahu shakirah betul ke nak pergi ? Boleh ke shakirah bawak course tu ? Tapi ramai cakap course tu bagus . And ramai yang sokong shakirah pergi . Thanks untuk semua orang yang bagi semangat . I appriciate it my dear :')

Mak  Ayah , kakdik janji bila kakdik masuk u nanti kakdik usaha sungguh sungguh nak berjaya . Kakdik tak kan hampakan mak ayah . Kakdik akan buktikan kejayaan untuk mak ayah . Mungkin hanya kejayaan dari kakdik tak dapat nak buat mak ayah gembira . Kakdik tahu mak ayah risau nak lepas kan kakdik pergi jauh jauh sampai kat tapah tu . Kakdik akan jaga diri . Kakdik akan jadi anak perempuan solehah . Kakdik akan jaga maruah mak ayah , maruah diri kakdik sendiri . InsyaALLAH . Doa dari mak ayah kakdik harapkan sangat setiap hari dan setiap masa. Kakdik bukan lah pandai macam kawan kawan lain tapi kakdik akan buktikan kakdik pun akan berjaya macam dorang . Kakdik pergi belajar niat lillahita'la . Takpe biar orang tak yakin kakdik boleh buat tapi kakdik ada family and mak ayah yang sentiasa sokong kakdik :) 


Kejayaan kalau nak dicapai mestilah bersulamkan usaha dan doa . Allah maha mendengar mendengar setiap doa dari kita (hambanya) . Doa serta yakin ALLAH akan perkenankan . Jaga hubungan baik dengan mak ayah . Selalu mendoakan kebaikan dan kesihatan untuk mereka . Berkatlah hidup kita dunia akhirat :)

Thanks For Reading , Come Again , Youu Are My Super Dupper Reader :) !

Renungan bersama :)

Andai dapat kita menilai agama mana yang terindah , maka percayalah , Tiada agama yang terindah melainkan Agama Islam . Kita keluar dari rahim seorang  ibu . Kita dilahirkan ibarat sebuah kain putih yang indah dan suci . Kita berhak pelihara sejauh mana kesucian yang akan kita pelihara .

Kadang kadang kita tak sedar ALLAH banyak memberikan kita rezeki dan kemewahan . Kita tak sedar ALLAH mengasihi kita , ALLAH adalah satu satu nya yang akan berada di sisi kita apabila susah dan senang  . Namun manusia selalu terleka . Terleka dengan dunia yang sementara . 

Sebuah kisah mampu memberikan keinsafan dalam diri . Betapa banyak yang ALLAH beri kepada kita tanpa kita sedar . Tanpa kita peduli . Yang berkuasa hanyalah ALLAH . 

Setiap yang hidup pasti akan meninggal kan dunia . Namun kita tidak sedar bilakah masa kita akan dibawa ke alam barzakh dan akan dikelilingi oleh malaikat yang akan bertanya tentang apakah amalan yang kita lakukan di dunia . Bolehkan kita menjawab dengan hanya secebis ilmu di dada ? Hanya dengan iman kita yang miskin . Dengan diri yang hina . Sudah bersediakah kita menghadapi ini semua . 

Andai kubur boleh berkata :
Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits As-Samarqandi berkata jauhilah empat perkara :
1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Lazimilah empat perkara :
1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.


Andai setiap ujian yang terjadi dalam hidup ini ujian darimu . Aku (Hambamu) redha dan pasrah Ya ALLAH :

Thanks For Reading , Come Again , Youu Are My Super Dupper Reader :) !

Cerita lama . Kisah lama .

Tak tahu kenapa tiba tiba shakirah nak update . Tapi nih just copy paste je kenangan dulu . DULU k DULU . heheh . Jangan fikir lain bebeyh :)


                  Happy Birthday awak :)
Happy birthday awak . Bila awak baca hari nih genap umur awak 18 tahun . Semoga tahun nih jadi tahun yang bermakna untuk awak . Saya doakan semoga awak dapat jadi anak yang soleh yang boleh bangga kan ibu ayah nanti  . Maybe sepucuk surat nih takda apa apa makna bagi awak . Tapi saya harap awak boleh simpan sampai saya tak da lagi dalam hidup awak . Tapi surat nih ikhlas dari saya untuk awak .

Awak , tahun nih saya tak tahu samada yang saya org first atau tak yang wish awak . Mybe ada yang lagi first . Tahun ni kite tak sambut birthday awak sama sama kan ? Ingat tak tahun lepas zieqa belanja sempena birthday awak .  Mesti tak ingat kan . Takpe :) Hari nih saya tulis surat  birthday awak tapi masa birthday zieqa (28/07) Awak , awak nak tahu tak hari nih saya sedih sangat . Saya sedih bila tengok fb awak dah takda gambar kita . Awak delete gambar kite sama sama kan awak ? Tp takpe saya pujuk hati saya supaya boleh faham awak . Tapi hari nih saya sedar yang awak boleh sebenarnya kalau takda saya . Selama nih saya tunjuk yang saya ego . Saya terlalu ikot kan perasaan saya sampai awak cakap yang saya nih pentingkan diri . Awak je yang nak jaga perasaan saya . Tapi awak pun patut sedar yang awk pun buat benda yang sama . Hm . Tp takpe saya cuba faham awak :)

Awak , awak tahu tak bila saya tengok wall  fb awak sy selalu tengok gambar kite . Sy selalu baca semua comment dekat gambar tuhh . Sebab saya selalu rindukan saat tu . Tapi bila hari nih saya bukak gambar tuh dah takda wak . Boleh tak awak bayangkan perasaan saya macam mana . Mybe awak tak dapat faham sebab awak takda kat tempat saya kan awak . Dulu !@#$ suruh saya padam gambar kite yang dekat facebook saya tuh . tapi saya buat tak tahu je . Saya tak nak padam sebab bila padam , takda lagi kenangan saya dengan awak . Tapi hari nih awak sendiri yang padam gambar tuh . Bagi saya takda lagi kenangan saya dengan awak . Semua nya pergi macam tuh je . Saya tahu yang saya dah tkda apa apa makna lagi bagi awak . Tapi awak tak boleh buat saya macam nihh . Hm tkpe lah  mybe saya patut terima semua nih .

Awak , bila kita mula berkawan dengan orang yang baru hadir dalam hidup kita memang seronok . Dan saya tahu awak tengah berkawan dengan orang lain . Takpe , sebab semua tuh hak awak . Saya faham camana awak rasa bila ada orang lain mula hadir dalam hidup awak sebab saya pernah rasa . Kita akan rasa gembira boleh mcgs dengan orang lain . Boleh gurau gurau dengan orang lain . sebab setahun lebih saya je orang yang boleh awak mcgs . Memang betul saya nih kongkong awak tapi semuanya ada sebab . Tapi mula mula memang seronok bila ada kawan baru tapi lama lama baru saya tahu sebenarnya kehidupan saya yang dulu lagi bahagia dari sekarang . And saya tak boleh nak bohong diri saya sndiri . Tapi saya tak tahu sama ada  satu hari nanti awak akan rasa sama yang macam saya rasa .

Sebelum nih dalam note fone saya semua tulis pasal awak . Semua cerita tentang awak . Semua  tentang apa yang saya rasa setiap kali teringat kan awak (: Saya tipu kakak yang saya dah boleh lupakan awak tapi kakak baca note yang saya tulis . Masa tuh saya nangis sebab saya sendiri tak mampu nak bohong diri saya sendiri . Kakak nasihat kan saya . Kakak cakap kongsi masalah dngan ALLAH sebab Dia yang paling memahami isi hati kita . Saya memang tak mampu nak pendam perasaan saya . Tak mampu nak pendam sorang sorang . Saya memang selalu menangis sampai first ramadhan saya nangis depan kakak sebab masa tuh kita dah start tak cntct . Awak pun tahu yang saya cengeng kan . Kejap kejap nak nangis sampai masa tuh awak pernah cakap yang saya buat buat nangis nak amik simpati awak . Tapi saya tak pernah nak tagih simpati dari awak . Tak pernah sekali pun awak .

Malam nih buka puasa saya asyik teringat dekat awak sampai saya tak tahan nak menangis . Saya terus call zieqa . Saya nangis puas puas sebab zieqa je yang faham saya . Saya rindu nak mengadu semua dekat zieqa pasal awak . Zieqa tanya kenapa , tp saya tak nak bagitahu . Saya malu nak bagitahu zieqa yang awak dah padam gambar kite . Saya pun tak tahu kenapa mesti malu .  Semalam saya call ain . Borak borak dengan dia and mesti setiap kali call ain saya mesti tanya pasal awak . Tapi malam tuh bila saya tanya pasal awak , ain cakap ramai lagi shakey akan jumpa dekat U nanti . Saya pelik sangat masa tuh tapi tkpe lahh saya tk amik kesah apa yang ain cakap . Tapi malam nih birthday zieqa . Bila zieqa call saya tanya pasal awak dia macam ada nak bagitahu saya something tapi dia macam sebesalah lepastuh dia cakap benda yang sama . Ramai lagi yang shakey akan jumpa dkat U nanti tp soalan yang saya tanya pasal awak dia tak jawab lansung . Okay lah saya tak paksa zieqa sebab dia pun ada hak nak simpan apa apa dari saya . Tapi masa nih saya dah rasa lain bila zieqa and ain dua dua macam ada rahsia .

Saya text awak malam nih macam biasa saya tahan diri saya dari nak tanya pasal gambar tuh sebab saya takot sangat gadoh dengan awak sebab birthday awak dah dekat . Saya tak nak gaduh sempai tiba hari awak baca surat nih (1508) tapi tak boleh bila saya mcgs awak tapi awak tak reply . And kadang kadang awak macam tak nak layan . Bila kite chat tadi awak marah saya . Saya mengalah je dengan awak  . Awak tanya saya yang saya faham awak ke ? Mesti awak rasa yang saya nih tak faham awak kan awak . Kalau saya tak faham awak saya tak tunggu awak tiap tiap hari sampai malam sampai awak habis belajar . Saya selalu rasa tak sabar sabar nak tuggu malam nak mcgs awak . Bila awak hanta mcgs saya happy cgts :) Sebenarnya saya sedih cgts akhir akhir nih sebab saya dah terasa trlalu jauh dengan awak and saya sendiri tak dapat nak tahan perasaan saya yang saya pendam selama nih .  Awak text pun pukul 12 saya mmg kecik hati cgts tp tkpe lahh saya cuba cuba n cuba faham awak . Hmm , Mcgs terakhir saya malam nih untuk awak harap awak simpan

'Kalau saya nih tak penting dalam hidup awak mybe saya pergi jugak dari hidup awak tak lama lagi. Mybe masa tuh awak akan tahu camana nak hargai sesuatu'



Esok saya nak pergi matrik . Saya nak jumpa zieqa . Nak buat surprise birthday untuk zieqa tapi apa yang saya buat nih saya tak tahu betul ke tak . Lama lama nanti mesti awak akan tahu jugak . Saya nak minta maaf bila awak baca surat nih awak dah tahu apa yang saya buat . Saya tahu esok saya akan tahu semua nya pasal awak masa awak dekat matrik . Malam nih saya dah fikir esok saya kene terima apa je yang yang bakal saya tahu esok dari ain and zieqa . Dan saya tahu esok saya akan menangis jugak sebab awak . Saya tahu hubungan kita tak seindah dulu tapi malam nih saya betul betul harap yang awak tahu sebenarnya saya terlalu sayangkan awak dan saya tak mampu nak lepaskan awak dari hidup saya tapi saya tahu satu hari nanti saya mesti tinggal kan awak sebab awak akan jumpa jugak someone yang lebih sayangkan awak berbanding saya .

Saya tak boleh nak sayang orang lain selain awak walau ape yang dorang buat untuk saya . Ape yang saya harapkan berlaku satu hari nanti saya dapat lupakan awak dan dapat  terima awak dah mampu terima orang lain dalam diri awak . Terima kasih sebab setahun lebih dengan saya . Saya gembira awak pernah hadir dalam hidup saya . Halal kan semua makan minum saya . Halal kan semua ilmu yang awak bagi dekat saya . Thanks jugak untuk hari yang terindah selama dua tahun birthday saya . Surprise yang awak buat and awak buat saya terharu bila dapat hadiah bear ngan bunga . Benda tuh saya simpan buat kenangan hubungan kita :)

                                                                                                                        IKHLAS DARI
                                                                                                                        Shakirah Zulkefli 1508

Tapi surat nih tak sampai pun kat tangan dia . Aku tulis untuk kenangan kenangan heh . Saja nak share dalam blog nih . Ok assalamualaikum :)

Thanks For Reading , Come Again , Youu Are My Super Dupper Reader :) !

Heyyy Dia :)


Hey awak , Cinta bukan mengajar kita lemah , tetapi bangkitkan kekuatan . 
Cinta jugak bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan .
Cinta jugak bukan lemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat .
AM I RIGHT BABY ? 

Truly i miss you . I need you for every second in my life . I miss your smile , I miss your joke 
I miss everything about you . But not now my dear :)

Hari hari adalah hari yang happy dalam hidup shakirah . Mybe apa yang shakirah lalui dalam hidup shakirah tak sehappy korang semua kann . Semua orang ada life sendiri kann ? :)

Hari tuh celebrate fara sebab dia dah ada relay dengan someone so tuntut janji lah dia nak belanja makan kan farah kan ? Hihi . Lagi satu sempena dia dah lulus lesen kereta . Farah kita sama je k tiga kali baru lulus Haha . Lepas nih kalau nak pergi makan sama sama satu kelas farah dah boleh amik kitorang je kan kan ? *Takda maknanya kan farah kan ? Huhu . Farah mesti macam kita lesen buat pekesam je lahh :)

Walaupun makan besar hari tuh kitorang tak lupa jugak amik gambo k gambo :)



















Best kan korang ? Hihi Setiap masa bila dengan korang shakirah happy sangat . Tak pernah sedih . 
tapi ada lah satu hari tuh dak comel buat shakirah sedih . Nak je hempok kepala dia tapi nasib baik kau mintak maaf lepas tuh kau tak buat lagi kan Huhu kelaka je bila ingat masa tuhh :D

Habes dah boiii :) Assalamualaikum :D

Thanks For Reading , Come Again , Youu Are My Super Dupper Reader :) !

Raya dengan kawan kawan . The best day :)


Hai blog , hai readers , hai malaysia , hai dunia  . Hari nih nak cerita pasal raya ngan kawan2 hari tuh . Best . Best sangat sangat tak terkata . Dapat jumpa zieqa , mimi , caid , azam , nabil . Lama kot tak jumpa dorang dari amik result sampai lah hari tuh baru jumpe . Rindu ? Mesti lah . Rindu sangat :'( Tiga rumah je pergi tapi lama nya, bukan  main lagi . Bila dah jalan raya ngan kawan2 tak teringat lansung dengan enset Huhu asik becerita aje kannn ?

                                                           Rumah mimi . Pagi pagi dah sampai :)

                                                              Empat org je . Takpe lahhhh :)

                                                                             Our family :)

                                    Gambar nih nampak pendek . tak suka  . Kitorang kawan :)

                                                         Berbasikal kat kampung kandang .

                                                            Kasut raya zieqa . Tinggi kan ?

                                                    Ramai kan yang pergi . Tanpa disangka .

ewah buruk nau .






Kek untuk caid hehe .

Thanks korang yang datang rumahhh :)

Thanks For Reading , Come Again , Youu Are My Super Dupper Reader :) !

Raya Raya !

Assalamualaikum Selamat hari raya semuaaaaaaaaaaaa . Hari nih last raya kan kan ? Takpe , tak jadi masalah kalau nak beraya lagi sebulan kan hehe . Sebulan raya komfem semua jalan raya kan hehe Eh sama lah macam kite ! Tahun nih raya warna kelabu tau . Menarik tak ? Ramai tahun nih warna kelabu hehe . So tak syok sangat hehe . Okay lah tengok gambar je k :)


Sarapan pagi !Yang nih bila semua dah habes makan  

Ayah snap kan pic nih . kesian ayah huhu  

                                                           Ini dia Hero kitorang ! Yehaaa  :D

                                          Lawat kubur arwah atok and puan :'( Kak dik rindu puan

                                                                No description -________-

                                                                    The best cousin :)

                                                                Raya kedua . Pink pink hehe

                                                   Malas nak rotate . Raya ketiga oren pulak .

Tyme nih ikram marah kakak bareng atas peha dia huhu

Okay , habes dah cerita . Bosan tak ? Bosan ea . Sorry lah tapi shakirah tak bosan pun . hehe . Semoga ada lagi syawal tahu depan yang best , syok , macam tahu nihh . Okay assalamualaikum :)




Thanks For Reading , Come Again , Youu Are My Super Dupper Reader :) !