Assalamualaikum , Hi There Thanks Because Come Here And Visit My Blog :)

Followers

Risikan Mu

Assalamualaikum harini hampir genap 2 bulan saya dirisik oleh orang yang saya cintai 5 tahun yang lalu. Alhamdulillah masih segar dalam ingatan setiap apa yang berlaku.

Pagi 2/10 kita janji nak berjumpa, bila saya nak masuk kereta tiba tiba mama ada dalam kereta. Ingat lagi mama kata "sekejap ye shakirah kite pergi jalan jalan" rupanya awak nak bawak saya pergi pilih cincin. Amboii pandai awak buat surprise ye. Hehe. Saya tak kan lupa setiap saat pada waktu tu.

Malam tu family awak datang rumah, ramai hehe masa nak decide datang tu macam nak bergaduh. Hehe awak nak datang hari sabtu, family shakirah suruh datang ahad. Segan tau nak cakap dengan ayah sebab ayah nak pergi kerja kahwin, shakirah lak nak bagitahu awak nak datang merisik hehe. Tapi alhamdulillah Allah mudahkan jugak kan hehe.

Alhamdulillah mudah mudahan pertunangan kita akan jadi seperti yang dirancang oleh kedua dua belah family. Amin. Shakirah buat post ni supaya shakirah dapat baca balik biler kita kahwin nanti inshaAllah hehe



Thanks For Reading , Come Again , Youu Are My Super Dupper Reader :) !

Happy Birthday Luqman Hakim

Hai awak, Happy Birthday! Hehe

Shakirah memang selalu teringin nak buat post untuk awak tapi tak pernah pun buat. So, this one just for you. Sekejap je kan awak dah 23 tahun. Masa mula kenal awak dulu, awak baru 18 tahun Huhu. Sedar tak sedar nak dekat enam tahun dah kita kawan kan (Bulan 12 ni lah baru genap enam tahun tu) Terima kasih awak sudi kawan dengan saya. Banyak sangat tolong saya masa dekat uitm dulu. 3 tahun banyak sangat layan kan bila stress dengan assignment semua. Selalu faham biler saya ad exam mesti awak tak kan selalu ganggu saya. Thank you for your understanding.

Shakirah betul betul tak tahu nak cakap how good u deal with my attitude. Macam mana awak ubah shakirah dari suka ikot perangai sendiri sampai lah boleh jadi penyabar yang sekarang ni. So ok ok next sebenarnya nak cerita pasal sambut birthday awak haritu lah, tapi alang alang tu cerita lah mukadimah sikit dulu Huhu

Ingat tak 15/08 saya amik awak kat rumah lepastu kita pergi makan dekat manhatten, nak makan Nando's sebenarnya kan tapi masa tu teringin sangat nak makan dekat manhatten tu. Shakirah tak dapat lah nak surprise lebih lebih, hanya tu je yang shakirah dapat bagi pada awak.

Eh! awak tak tahu kan yang shakirah ada blog ni kan hehe Haa nanti biler dah tiba masanya shakirah akan bagi lah awak baca tau Huhu So u will never forget our memories kan Huhu Harap awak simpan hadiah birthday yang shakirah bagi tu. Suka sangat tengok awak pakai. Pergi kerja pun awak pakai, kalau pergi jalan pun awak pakai. So, pergi mana mana pun awak pakai. Awak suka eh? Huhu Cantik kan beg tu, sesuai dengan awak Huhu

Awak, shakirah tak tahu lah samada shakirah ni terbaik atau tak untuk awak. Tapi shakirah sangat berharap dan sangat berusaha nak pertahankan hubungan ni. Enam tahun lama kan? Sikit je lagi awak, tak lama pun. Allah nampak usaha kita berdua nak halakan hubungan ni so sabar sabar sikit okay Huhu Kalau rasa antara kita ada ego yang perlu dijauhakan maka jauhkan lah okay. Jangan sebab tu hubungan kita habis macamtu je hehe




And lastly, Happy Birthday My Bestfriend! Huhu

Okay lah ni je saya boleh post untuk awak for your birthday. Eh lagi satu awak hutang shakirah abc tauuuu hehe Okay awak tata ~~~~





Thanks For Reading , Come Again , Youu Are My Super Dupper Reader :) !

Kehidupan

Assalamualaikum. Lama rasanya tak update blog ni. Last sekali masa shakirah sem 2. Sekarang Alhamdulillah dah grad dah and now dah kerja dah pun. Alhamdulillah Allah mudahkan semua urusan. Sebenarnya rindu nak ber-blogging ni tapi takda masa kesuntukan masa. Dari zaman belajar lagi memang teringin nak update. Biler balik cuti sem je terfikir nak update tapi haa sampai kesudah takda nya update apa apa huhu.

Syukur ke hadrat Ilahi tahun ni shakirah dah 22 tahun dah. Dari awal buat blog dulu seawal umur 17 that's why lah post yang lepas alamak aiii budak budak sangat. Tapi takpa semua tu inshaAllah jadi memori manis dan pahit dalam kehidupan ni kan hehe.

Sepanjang kehidupan lepas habis belajar ni Alhamdulillah Allah sangat murahkan rezeki shakirah. Syukur sangat Alhamdulillah. Habis belajar tak sampai lagi sebulan duduk rumah dapat offer kerja di lawyer firm even sebagai kerani tapi okay lah untuk diambil sebagai experience untuk dapatkan kerja yang lebih bagus. Lepas berhenti di lawyer firm pada akhir bulan 12/2015, shakirah mmg nak rehat dekat rumah dulu sebulan memang tak kerja lepastu sebulan je dapat tahan duduk terperap kat rumah akhirnya pertengahan bulan 2 shakirah mula cari kerja. Memang banyak mintak tak kesah lah kerja apa pun asalkan bekerja. Pertengahan bulan 3 shakirah di tawarkan bekerja sebagai Acc Assistant dekat salah satu a big Hotel dalam Melaka ni. Selepas 5 bulan shakirah mohon kerja di company pulak, dalam melaka jugak and alhamdulillah lulus interview dan juga better offer, so why not kita cuba benda baru kan? Hehe . Seronok bekerja dalam bidang sendiri selepas tamatkan diploma in Accounting 3 tahun yang lepas. The struggle was real.  Alhamdulillah sekarang rasa syukur sangat Allah mudahkan urusan dan Allah murahkan rezeki dari hari ke hari. Hehe ( The secret is jangan lupakan mak ayah kita in everything we do)

Sekarang hampir setahun dah habis belajar, and bila kira kira dah 9 bulan shakirah kerja. Sekejap nya masa berlalu. Hidup makin lama, makin mencabar tapi dalam hidup pun kita perlu jugak makin lama kena jadi lebih matang dari segi usia dan pemikiran. Kadang kadang rasa macam Ya Allah seronok nya jalan cerita yang kau tulis untuk aku ni. Mudahnya semua. Selepas susah yang kau bagi akhirnya kau mudahkan. Alhamdulillah syukur.

Ni pun curi curi waktu kerja update blog ni. Huhu. Okay lah next time boleh celoteh lagi tataaaa~~







Thanks For Reading , Come Again , Youu Are My Super Dupper Reader :) !