Assalamualaikum , Hi There Thanks Because Come Here And Visit My Blog :)

Followers

Kehidupan

Assalamualaikum. Lama rasanya tak update blog ni. Last sekali masa shakirah sem 2. Sekarang Alhamdulillah dah grad dah and now dah kerja dah pun. Alhamdulillah Allah mudahkan semua urusan. Sebenarnya rindu nak ber-blogging ni tapi takda masa kesuntukan masa. Dari zaman belajar lagi memang teringin nak update. Biler balik cuti sem je terfikir nak update tapi haa sampai kesudah takda nya update apa apa huhu.

Syukur ke hadrat Ilahi tahun ni shakirah dah 22 tahun dah. Dari awal buat blog dulu seawal umur 17 that's why lah post yang lepas alamak aiii budak budak sangat. Tapi takpa semua tu inshaAllah jadi memori manis dan pahit dalam kehidupan ni kan hehe.

Sepanjang kehidupan lepas habis belajar ni Alhamdulillah Allah sangat murahkan rezeki shakirah. Syukur sangat Alhamdulillah. Habis belajar tak sampai lagi sebulan duduk rumah dapat offer kerja di lawyer firm even sebagai kerani tapi okay lah untuk diambil sebagai experience untuk dapatkan kerja yang lebih bagus. Lepas berhenti di lawyer firm pada akhir bulan 12/2015, shakirah mmg nak rehat dekat rumah dulu sebulan memang tak kerja lepastu sebulan je dapat tahan duduk terperap kat rumah akhirnya pertengahan bulan 2 shakirah mula cari kerja. Memang banyak mintak tak kesah lah kerja apa pun asalkan bekerja. Pertengahan bulan 3 shakirah di tawarkan bekerja sebagai Acc Assistant dekat salah satu a big Hotel dalam Melaka ni. Selepas 5 bulan shakirah mohon kerja di company pulak, dalam melaka jugak and alhamdulillah lulus interview dan juga better offer, so why not kita cuba benda baru kan? Hehe . Seronok bekerja dalam bidang sendiri selepas tamatkan diploma in Accounting 3 tahun yang lepas. The struggle was real.  Alhamdulillah sekarang rasa syukur sangat Allah mudahkan urusan dan Allah murahkan rezeki dari hari ke hari. Hehe ( The secret is jangan lupakan mak ayah kita in everything we do)

Sekarang hampir setahun dah habis belajar, and bila kira kira dah 9 bulan shakirah kerja. Sekejap nya masa berlalu. Hidup makin lama, makin mencabar tapi dalam hidup pun kita perlu jugak makin lama kena jadi lebih matang dari segi usia dan pemikiran. Kadang kadang rasa macam Ya Allah seronok nya jalan cerita yang kau tulis untuk aku ni. Mudahnya semua. Selepas susah yang kau bagi akhirnya kau mudahkan. Alhamdulillah syukur.

Ni pun curi curi waktu kerja update blog ni. Huhu. Okay lah next time boleh celoteh lagi tataaaa~~







Thanks For Reading , Come Again , Youu Are My Super Dupper Reader :) !

No comments:

Post a Comment