Assalamualaikum , Hi There Thanks Because Come Here And Visit My Blog :)

Followers

No title ...


Assalamualaikum, Ehh hai. K say peace to all people in the world. Yang belakang tu adik saya. Saya sayang adik saya tak sama macam saya sayang awak. Saya sayang dia melebihi segalanya. Saya sedih bila adik sedih. Adik baik dan lebih matured dari saya hingga semua lebih percayakan dia buat kerja rumah berbanding saya. Adik saya suka marah saya tapi saya tak takot sebab dia belum tengok lagi bila turn saya marah dia kiki. K bai.

Hm sebenaunya takda benda nak update. Hm esok form6 dah mula exam. Sem2 bakal ditamatkan selepas ini. Hm good luck ye gugurl semua. Hm doa pada Allah, semoga Dia mempermudahkan semua urusan kalian. Ya Allah awak semua yang nak amik exam tapi shakirah yang berdebar. Semoga awak semua sentiasa dibawah rahmatNya. Shakirah yakin semua boleh berjaya jika kamu semua sentiasa mengiringkan usaha bersalutkan doa dan keyakinan kepada Allah. Kita selalu mendengar perkataa siapa berusaha dia berjaya dan ramai telah membuktikan. Jangan menganggap bahawa kejatuhan yang lepas menjadi penghalang buat awak semua lebih maju kehadapan. Allah semua ada Allah ada ibu bapa. Yakinlah bahawa mereka pasti sentiasa mengiringkan doa untuk melihat kejayaan awak. Kalian kene yakin pada setiap usaha kalian. InsyaAllah apa yang terjadi yakinlah bahawa Allah sentiasa merencanakan sesuatu yang baik buat awak sayang. Takecare. Much love from your big friend kihkih :*
Thanks For Reading , Come Again , Youu Are My Super Dupper Reader :) !

Marrybrown bersama mereka :)

Assalamualaikum kawan kawan. Sahabat handai yang tercinta. Nak cerita pasal hari guru semalam. Shakirah ngan ziqa pergi sekolah. Tak rancang sangat pun lah. Konon nya nak pergi amik sijil lah, padahal na jumpe kengkawan yang dah lama dan rasa dah bertahun tak jumpa ni. Huhu. Hm Sape lagi, ta lain tak bukan sayang sayang 6B1 sesume tu lah Huhu :)

Hm nihaa semalam dah lah sampai sekolah awal sangattt 8.30 lepastu duduk2 ngan ziqa kat cendawan. Ziqa cerita pasal bebudak matrik pastu ngah seronok2 cerita tetiba nampak kat zetty lepastu kitorang terus bangkit dari tempat tu sebab taknak kak zetty nampak punya pasal Huhu. Lepas amik sijil sume kitorang call kecik tapi dia tak angkat2. Kelas2 sume kosong macam takda penghuni je. Lepastu zati call. Zati tahu tak, masa angkat call tu ee tak sabar nya rasa nak jumpe korang sume..... Zati cakap tunggu belakang dewan. Malu sebenaunya nak jumpa korang tapi rasa tak sabar2 tu lagi hebatt huhu. Hm, bila nampak je dorang shakirah dah dapat rasa dah kejap lagi sekolah ni kitorang yang punya ni Hehe Bising sangat kitorang gelak2, cerita cerinti sume. Ha niha lagi satu cerita, dak zati pulak habes muka dia kene minya panas. Lahh, pity you dear :'( Zati pon mula lah cerita cmna dia boleh kene. Tahu lah kan bila zati dah start cerita. Haa, hbes lah jemah2 dia tu sume keluar Haha. Pastu jumpe comel and zikri jugak. Ni dorang je lah umat lelaki yang shakirah rapat kat situ Huhu. Dorang bahan lah pasal dah lama tk dengar gelak shakirah yang agak teruk ni, pastu bahan pasal cincin tunang ni Cehhh XD. Yang sedih bila jumpe bada knp bada nangis. Bada rindu kita ea bada? Alala. Bada, kita sentiasa doakan bada kuat dan menjadi muslimah yang sentiasa tinggi dimata Allah. Kita tahu bada akan berjaya oneday nanti okay. Keep it up dear :) Kite tak pernah lupa bada tau!! Hm, Jumpe cikgu fakhrul, cikgu KA, cikgu mai, cikgu dijah a.k.a 'akak' , cikgu nafsiah.. Rindu gila kat cikgu2. Cikgu fakhrul siap joget lak tu jumpe shakirah. Haha. Serious kelaka lah cikgu. You're the best one k. Huhu.

Pastu jumpe lah adik kesayangan shakirah. Rindu dorang jugak. Ain laila tak gemok gemok pon. Cenggitu jeee dia Huhu. Ain exam kan this year. Good luck ea ain? Bangga kan mama ngan ayah ain tau. Ain buktikan kat dorang tau? :) Hm putri pulak dah masuk lower six. Hm do your best ye. Akak tahu putri boleh bawak form6, yang penting yakin dan usaha ea :)

Hm sambutan hari guru this year best lah dari last year kan. Yang dulu punya boring bangatt. Hm, Lepas dah habes sambuta sume tu lebih kurang dalam pukul 1 kot baru gerak. Dalam perancangan kitorang nak pergi makan makan dekat mydin *Marrybrown* Ni first time nak try sedap ke tak. Hm thanks kawan2 sume sudi ikot walaupun rumah korang jauh dari mydin. Especially qila and anom lah. Thanks dear :) Tapi tengah2 makan lalat banyak!!!. Stress weyhh Huhu. Takpe pendam je perasaan sakit hati ni. Hehe. Hm, Lepas makan makan je kitorang terus pergi tunaikan kewajipan kita sebagai hamba Allah. Terus lah pergi solat. Lepas habes solat sume kitorang duduk2 kejap lepas tu salam2 nak balik. Sedihnya masa tu.... Takpe lah memang setiap pertemuan kan pasti wujudnya perpisahan so redha je lah kan. Next time jumpa lagi ea sayang2 semua. Kita sayang semua walaupun beberapa bulan je kita pernah jadi rapat sama2. Ukhuwah yang kita bina semoga sampai ke jannah. InsyaAllah. Thanks semua walaupun pertemuan yang singkat tapi cukup bermakna untuk kite :)

Kitorang kene pisah awal sebab masa tu mak ziqa dah call banyak kali k Haha. Sian ziqa! Huhu. Zati ngan anom sume nak pergi beli barang dulu kat dalam mydin. Haihh macam mak mak betol lah dorang Huhu. Dah sampai kt kereta tetibe ada sorang hamba Allah ni datang lepastu ajak minum pulak. Eeee tak malu k awak. Huhu. Masa tu dah berbolak balik dah perasaan ni nak ikot ke tak. Huhu. Slepas berbincang kitorang pon ikot je lahhh. Yelah dah bertahun tak jumpe dia Hehe. Dengan perasaan Redha kitorang pon pergi lah dengan niat nak minum2 kejap kt food court. Shakirah tahu lah yang shakirah ni pendek, didi alias ni suruh shakirah bawak kan air dia yang dia dah order tuuu. Konon sweet la tu Haha. Eeee dah la tempat nak amik air tu tinggi. Sampai hati didi alias ni. Kuang asam... Mentang2 dia tinggi. Ishhh..Lepas minum2 beborak sume kitorang pon balik lah. Thanks lah ea didi alias sebab belanja kita air. Huhu. Hm....Ok lah tu je nak cerita! Huhu thanks membaca ye huhu Loveyou! Wassalam :)


 Kembar. Nanti jumpa lagi ea :)
 Bestfriend k bestfriend 

 Cantiknya semuaaaa. Qila comel. Wewitt 

Love you more than you know :)

 Kita akan selalu rindukan zati :)

 Cecomel semua. Akak telor juga Huhu :*



Semoga persahabatan yang terjalin hingga ke syurga :)


 Jiran tersayangggggg :*

Kakak telor Hoho :D


Seronok jumpa semua. Semoga kita jumpa lagi nanti. Persahabatan yang terjalin bukan di sini sahaja. K last gambar dengan didi alias :* Satu hari nanti ira pasti lebih tinggi dari im. K tipu.

Thanks For Reading , Come Again , Youu Are My Super Dupper Reader :) !

Allah sedang uji awak sayang. Maafkan shakirah :')

Assalamualaikum. Harap semuanya sehat. Selalu pulak update kan. Boring mybe. Not in mood right now dear. Ya Allah susahnya jadi aku.......Mesti pelik kan kenapa shakirah kata susah nya jadi diri shakirah. Hm perasaan bersalah ni kalau boleh tutup mesti akan shakirah tutup hingga tak nampak dan perasaan tu dah tak kan ada dalam diri ni lagi. Tapi shakirah perempuan. Shakirah tak boleh buat semua tu. Semua perempuan tahu camana susah jadi diri seorang perempuan. Ehhh, bukan maksud shakirah jadi perempuan ni menyusahkan. Bukan..... Hmmm, Kenapa hati perempuan ni lembut. Ce cekal sikit. Tunjuk keras sikit...... Shakirah shakirah.

Dear hawa,,,,
Maaf lah andai shakirah yang membuatkan awak sakit dan bersedih. Shakirah tak bermaksud macam tu. Shakirah faham macam mana beratnya awak nak tahan perasaan tu. Awak hebat sayang. Shakirah mungkin tak sehebat awak. Tak setanding awak. Even shakirah tak pernah kenal awak. Tak pernah sekali pun kita jumpa tapi shakirah dapat rasakan awak gadis yang baik. Hawa, mungkin harini awak sakit nak tempuhi semua ni. Shakirah faham sebab kita sama sama perempuan kan? Hati kita sama sayang. Hawa, awak kena yakin bahawa yang baik akan datang pada awak satu hari nanti. Persiapkan lah diri untuk menjadi lebih baik sayang. Jangan pernah jauh dengan Allah. Sebab Allah yang menjaga hati kita semua dan Allah jugak yang mengaturkan segalaNya. Shakirah nak awak kuat. Shakirah pun manusia biasa yang bergantung pada Allah. Pada takdirNya. Mungkin harini Allah datangkan tangisan dalam hidup awak tapi yakinlah Allah pasti sediakan sebuah kemanisan untuk awak suatu hari nanti. Berdoalah sebab tu kekuatan kita :')



Thanks For Reading , Come Again , Youu Are My Super Dupper Reader :) !

Rindu jadi kecik. Budak kecik k bukan pendek ;p

Assalamualaikum harini jari jemari bermain di keyboard kembali. Boring yang dirasa teramat lah boring. Sehingga tak terucap. K bai.

Ha, tengok lah entry kali ni. Dah tengok lom? Hm rindu lah nak jadik budak kecik. Tak payah pikir masalah. Takyah nak pikir nak pakai produk ape ek untuk nak cantikkan muka? Nak pakai pencuci muka apa ye? Bila nak beli alat solek baru ha? Haha. K tipu je. Hm alaaa, Rindu la nak pakai tudung comot momot. Rindu nak pakai baju bebet. Rindu nak begaduh pastu ejek nama sesama adik beradik. Siap ada nama gelaran lak tu bila begadoh Haha. Pastu rindu nak pakai scarf je bila main kat luar Hahaha. Okay STOP. Eh ila, kakak, korang ingat tak bila petang je kita panjat pokok ngan geng2 simpang kerayong tu sume. Amik buah cherry haha. Walaupun jatuh tak pernah kenal erti mengalah kan. Haha. Maklum ler dalam geng tu kita je yang perempuan kan. Org ok lagi lah sebab orang kan masih kecil. So mesti dak kakak yang ajar kita dorang kan geng ngan budak laki sume tu. Pergh nakal betol ko kakak Haha. Tapi ko lah kakak yang terbaik dunia akhirat Kekeke.



Haaaa, ni kisah singgam lak. Orang kampung mmg sebut cenggini Huhu. Bila masa hari puasa je kite sume mesti beli singgam kat kedai bawah tu Haha. Lepastu salah sorang kene  potong singgam tu kecik2 pastu yang lagi dorang carik. Sape yang dapat boleh lah amik simpan untuk buka puasa Haha. Nampak sangat macam sengal sengal je tapi sebenarnya tu lah saat paling indah kan. Asal lah ko didik kitorang macam ni kakkkk Haha. 

Lepastu memalam pulak rutin harian kita ialah lepas solat maghrib wajib mengaji k. Wajib! Haha. Mak ngan ayah masa dedulu garang ahhh. Kalau ayah ajar mengaji, ha siaplah. Jgn nak nangis2 ea. Huhu. Tapi Alhamdulillah ayah dan emak ialah insan yang mengajar kami adik beradik mengaji dari iqra' hingga Al-quran sampai pandai, bijak sume. Huhu. Kita semua takot kan ngan ayah. Yang paling takot ngan ayah ialah dak kakak ah Haha. Padan muka ko kak. Tu la sape suruh jadi anak sulung Kekekek. Ingat pulak kenangan  ngan dak ila and wani round2 satu kemendor. Lepastu mak carik kitorang lama pulak tu. Lepastu dah petang baru jumpa. Mak punya marah. Eeee takot nak cerita kat sini Haha. Balik je semua senyap dalam kereta.  Masa kecik2 dulu ayah kerja jauhhh. Pukul 10 malam baru sampai rumah. Malam tu nak tahu tak yang org buat2 tidur lepastu mak mengadu kat ayah yang kite sume pegi jejalan satu kg. Haha. Nasib baik dah buat2 tido. So, terselamat lah kita, kan ila? Hoho.

Masa dedulu, first time nak belajar solat. Tetibe je ayah hadiah kan telekung. Bestnyaaaa. Tak sabar sgt nak solat masa tu. Dia punya berkobar kobar tu lain macam tau. Even tak pandai solat pon ikot je ayah berjemaah ngan mak and kakak sume. Hm, Tapi bila dah lelama tu tinggal jugak solat. Alaa biasa lah tu masa kekecik kan Huhu. Ada satu pagi tu shakirah ni berbesar hati nak sembahyang kat surau bawah tu. Pastu pergi lah ngan ayah ngan kakak and ila. Masa tu solat subuh. Ustaz tu baca doa qunut tapi shakirah yang tak tahu solat ni terus sujud. Almaklum lerr baru 1st time tuuu Haha. Hm kalau kat rumah bila ayah cuti dapat lah kita sume berjemaah ngan ayah kalau tak, takda lah kan. Hm bila ayah ada kat rumah ayah buat tuisyen pulak tu. Untuk adik beradik je k. Bab ni paling lemah la. Dah la kene belajau ngan ayah. Takot pulak tu. Haishhh. Nampak tak macam mna ayah punya garang. Hm tapi serious shakirah cakap. Ayah seorang yang serbaboleh!!! Masa kecik2 kan kitorang adik beradik ni nakal sgt so kitorang sume pernah kene jahit. Tapi ayah tak bawak kitorang pergi hospital tapi ayah jahit sendiri luka kitorang dekat rumah. Seriously, I'm pround of you dad!!!!

Kakak, dedulu kan ko mesti ingat kan yang ko ada peminat!! Haha Setiap petang kan kita teman mak pergi pasar pastu pakwe ko mesti dah tunggu Hahaha. Tapi malangnya ko tkot ngan pakwe sendiri Haha. Ila, ko ingat tak sape yang org cite ni? Huhu. Hanya kami yang tahu huhu ^^ Untung ahh kakak kekecik dah ada peminat, tak mcm kita kan ila? Haha. Hm dulu kitorang bukannya orang senang yang mintak sume, segala benda kitorang dapat. Ehh, nak beli ais krim kat kedai pon pakai duit 1sen sampai jadi 10sen! tau Hahaha.Tak sangka dulu orang kedai terima kan? Pelik ahhh Huhu.

Hm tapi sekarang Alhamdulillah Allah tu adil dia tak beri kesusahan pada keluarga kitorang buat selama lamanya. Sedikit demi sedikit DIA beri rezeki pada keluarga kami..... Alhamdulillah walaupun kami membesar dalam serba kekurangan tapi Allah beri sebuah keluarga yang cukup bahagia...Syukur padamu :) Dah habes dah. Sebenaunya banyak lagi cerita kitorang masa kecik2 tapi kalau tulis pepanjang pecah pulak laptop ni Huhu


   Mom,you're the only one and always being the best for us

       Sister, you're a girl that Allah send to me for
      teach how great for being a good muslimah
 *Kak Merah*

 Ya Allah, semoga kami bertiga menjadi anak yang
  solehah di dunia dan akhiratmu. Amin :)

Dan sekarang kita semua dah membesar. Kita mula belajar mengenai erti 'kesyukuran' dan sekarang dah tiba masa kita menimba ilmu untuk membalas jasa mak dan ayah yang sentiasa menyayangi kita walaupun kita nakal sangat dulu!!!

Ayah, Ila, Kakak, Mak. 
Syukur padamu kerana memberi peluang kepada mereka 
untuk menjejakkan kaki di bumiMu :)


Seronok nya muka     :)

   Semoga apa yang dihajati akan diperolehi dengan redhaMu :)

        
       Doakan semoga shakirah berjaya didunia dan akhirat kelak. Semoga Allah merahmati kalian. Assalamualaikum.

                                                             
                                               

Thanks For Reading , Come Again , Youu Are My Super Dupper Reader :) !

Result result

Assalamualaikum hari ni dapat result and satu dunia ni tahu yang result keluar especially budak Uitm. Suasana hingar bingar di facebook dan twitter mengenai result. Hm sebagai pelajar apa yang kita dapat, kita perlu bersyukur. Mungkin tu semua hasil usaha dari diri kita sendiri kan. Kadang kadang hati mengatakan yakin yang kita boleh buat yang terbaik untuk sem yang kita tempuhi. Pahatkan doa pada Allah sebab Allah tu maha mendengar. Maha penyayang. Dan tiba tiba kita tak dapat kejayaan yang kita harapkan. Kita pasti kecewa tapi sebagai hamba kita jangan cepat berpaling. Mungkin Allah tak bagi apa yang kita nak sekarang ni sebab dia taknak kita bangga diri dan terus lupa tentang usaha yang mesti kita teruskan buat masa hadapan. Yes, Allah tu maha adil. Banyak perkara yang dirancangkan luar dari jangkaan kita sendiri. Mungkin harini hati rasa sedih sebab tak mampu nak menggembirakan hati si ibu dan ayah. Tak dapat nak tunaikan apa yang diharapkan oleh mereka tapi percaya Allah merancanakan sesuatu yang jauh lebih baik buat kita sahabat :)

Memang betul kata kakak kita je mampu merasa perasaan kita sendiri kan. Ye, shakirah akui shakirah sedih, kecewa tapi shakirah bersyukur sebab di dalam kekecewaan tu Allah palitkan rasa kesyukuran dalam hati sebab takda repeat paper. Allah tu adil sayang, jangan cepat kecewa di setiap apa yang kita perolehi. Mungkin orang lain berharap dapat kejayaan seperti kita tapi kita sendiri tak bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan, Kata kata ni buat diri shakirah jugak untuk menaikkan semangat diri sendiri. Andai ni yang Allah dah tulis dan takdirkan buat shakirah kenapa tidak perlu redha? Bukankah Allah tu tak kan menguji hambanya jika, hambanya tak mampu menaggungnya. Kan?

Alhamdulillah, untuk result yang kau beri ni. Mungkin tak sehebat dan tak setanding rakan rakan yang lain. Tapi hati mengucapkan rasa kesyukuran. 3 pointer above untuk sem ni. InsyaAllah 4 flat untuk sem depan.



                                                     
                                                     Senyumlah meskipun hatimu terluka
Thanks For Reading , Come Again , Youu Are My Super Dupper Reader :) !