Assalamualaikum , Hi There Thanks Because Come Here And Visit My Blog :)

Followers

Rindu jadi kecik. Budak kecik k bukan pendek ;p

Assalamualaikum harini jari jemari bermain di keyboard kembali. Boring yang dirasa teramat lah boring. Sehingga tak terucap. K bai.

Ha, tengok lah entry kali ni. Dah tengok lom? Hm rindu lah nak jadik budak kecik. Tak payah pikir masalah. Takyah nak pikir nak pakai produk ape ek untuk nak cantikkan muka? Nak pakai pencuci muka apa ye? Bila nak beli alat solek baru ha? Haha. K tipu je. Hm alaaa, Rindu la nak pakai tudung comot momot. Rindu nak pakai baju bebet. Rindu nak begaduh pastu ejek nama sesama adik beradik. Siap ada nama gelaran lak tu bila begadoh Haha. Pastu rindu nak pakai scarf je bila main kat luar Hahaha. Okay STOP. Eh ila, kakak, korang ingat tak bila petang je kita panjat pokok ngan geng2 simpang kerayong tu sume. Amik buah cherry haha. Walaupun jatuh tak pernah kenal erti mengalah kan. Haha. Maklum ler dalam geng tu kita je yang perempuan kan. Org ok lagi lah sebab orang kan masih kecil. So mesti dak kakak yang ajar kita dorang kan geng ngan budak laki sume tu. Pergh nakal betol ko kakak Haha. Tapi ko lah kakak yang terbaik dunia akhirat Kekeke.



Haaaa, ni kisah singgam lak. Orang kampung mmg sebut cenggini Huhu. Bila masa hari puasa je kite sume mesti beli singgam kat kedai bawah tu Haha. Lepastu salah sorang kene  potong singgam tu kecik2 pastu yang lagi dorang carik. Sape yang dapat boleh lah amik simpan untuk buka puasa Haha. Nampak sangat macam sengal sengal je tapi sebenarnya tu lah saat paling indah kan. Asal lah ko didik kitorang macam ni kakkkk Haha. 

Lepastu memalam pulak rutin harian kita ialah lepas solat maghrib wajib mengaji k. Wajib! Haha. Mak ngan ayah masa dedulu garang ahhh. Kalau ayah ajar mengaji, ha siaplah. Jgn nak nangis2 ea. Huhu. Tapi Alhamdulillah ayah dan emak ialah insan yang mengajar kami adik beradik mengaji dari iqra' hingga Al-quran sampai pandai, bijak sume. Huhu. Kita semua takot kan ngan ayah. Yang paling takot ngan ayah ialah dak kakak ah Haha. Padan muka ko kak. Tu la sape suruh jadi anak sulung Kekekek. Ingat pulak kenangan  ngan dak ila and wani round2 satu kemendor. Lepastu mak carik kitorang lama pulak tu. Lepastu dah petang baru jumpa. Mak punya marah. Eeee takot nak cerita kat sini Haha. Balik je semua senyap dalam kereta.  Masa kecik2 dulu ayah kerja jauhhh. Pukul 10 malam baru sampai rumah. Malam tu nak tahu tak yang org buat2 tidur lepastu mak mengadu kat ayah yang kite sume pegi jejalan satu kg. Haha. Nasib baik dah buat2 tido. So, terselamat lah kita, kan ila? Hoho.

Masa dedulu, first time nak belajar solat. Tetibe je ayah hadiah kan telekung. Bestnyaaaa. Tak sabar sgt nak solat masa tu. Dia punya berkobar kobar tu lain macam tau. Even tak pandai solat pon ikot je ayah berjemaah ngan mak and kakak sume. Hm, Tapi bila dah lelama tu tinggal jugak solat. Alaa biasa lah tu masa kekecik kan Huhu. Ada satu pagi tu shakirah ni berbesar hati nak sembahyang kat surau bawah tu. Pastu pergi lah ngan ayah ngan kakak and ila. Masa tu solat subuh. Ustaz tu baca doa qunut tapi shakirah yang tak tahu solat ni terus sujud. Almaklum lerr baru 1st time tuuu Haha. Hm kalau kat rumah bila ayah cuti dapat lah kita sume berjemaah ngan ayah kalau tak, takda lah kan. Hm bila ayah ada kat rumah ayah buat tuisyen pulak tu. Untuk adik beradik je k. Bab ni paling lemah la. Dah la kene belajau ngan ayah. Takot pulak tu. Haishhh. Nampak tak macam mna ayah punya garang. Hm tapi serious shakirah cakap. Ayah seorang yang serbaboleh!!! Masa kecik2 kan kitorang adik beradik ni nakal sgt so kitorang sume pernah kene jahit. Tapi ayah tak bawak kitorang pergi hospital tapi ayah jahit sendiri luka kitorang dekat rumah. Seriously, I'm pround of you dad!!!!

Kakak, dedulu kan ko mesti ingat kan yang ko ada peminat!! Haha Setiap petang kan kita teman mak pergi pasar pastu pakwe ko mesti dah tunggu Hahaha. Tapi malangnya ko tkot ngan pakwe sendiri Haha. Ila, ko ingat tak sape yang org cite ni? Huhu. Hanya kami yang tahu huhu ^^ Untung ahh kakak kekecik dah ada peminat, tak mcm kita kan ila? Haha. Hm dulu kitorang bukannya orang senang yang mintak sume, segala benda kitorang dapat. Ehh, nak beli ais krim kat kedai pon pakai duit 1sen sampai jadi 10sen! tau Hahaha.Tak sangka dulu orang kedai terima kan? Pelik ahhh Huhu.

Hm tapi sekarang Alhamdulillah Allah tu adil dia tak beri kesusahan pada keluarga kitorang buat selama lamanya. Sedikit demi sedikit DIA beri rezeki pada keluarga kami..... Alhamdulillah walaupun kami membesar dalam serba kekurangan tapi Allah beri sebuah keluarga yang cukup bahagia...Syukur padamu :) Dah habes dah. Sebenaunya banyak lagi cerita kitorang masa kecik2 tapi kalau tulis pepanjang pecah pulak laptop ni Huhu


   Mom,you're the only one and always being the best for us

       Sister, you're a girl that Allah send to me for
      teach how great for being a good muslimah
 *Kak Merah*

 Ya Allah, semoga kami bertiga menjadi anak yang
  solehah di dunia dan akhiratmu. Amin :)

Dan sekarang kita semua dah membesar. Kita mula belajar mengenai erti 'kesyukuran' dan sekarang dah tiba masa kita menimba ilmu untuk membalas jasa mak dan ayah yang sentiasa menyayangi kita walaupun kita nakal sangat dulu!!!

Ayah, Ila, Kakak, Mak. 
Syukur padamu kerana memberi peluang kepada mereka 
untuk menjejakkan kaki di bumiMu :)


Seronok nya muka     :)

   Semoga apa yang dihajati akan diperolehi dengan redhaMu :)

        
       Doakan semoga shakirah berjaya didunia dan akhirat kelak. Semoga Allah merahmati kalian. Assalamualaikum.

                                                             
                                               

Thanks For Reading , Come Again , Youu Are My Super Dupper Reader :) !

No comments:

Post a Comment