Assalamualaikum , Hi There Thanks Because Come Here And Visit My Blog :)

Followers

Risikan Mu

Assalamualaikum harini hampir genap 2 bulan saya dirisik oleh orang yang saya cintai 5 tahun yang lalu. Alhamdulillah masih segar dalam ingatan setiap apa yang berlaku.

Pagi 2/10 kita janji nak berjumpa, bila saya nak masuk kereta tiba tiba mama ada dalam kereta. Ingat lagi mama kata "sekejap ye shakirah kite pergi jalan jalan" rupanya awak nak bawak saya pergi pilih cincin. Amboii pandai awak buat surprise ye. Hehe. Saya tak kan lupa setiap saat pada waktu tu.

Malam tu family awak datang rumah, ramai hehe masa nak decide datang tu macam nak bergaduh. Hehe awak nak datang hari sabtu, family shakirah suruh datang ahad. Segan tau nak cakap dengan ayah sebab ayah nak pergi kerja kahwin, shakirah lak nak bagitahu awak nak datang merisik hehe. Tapi alhamdulillah Allah mudahkan jugak kan hehe.

Alhamdulillah mudah mudahan pertunangan kita akan jadi seperti yang dirancang oleh kedua dua belah family. Amin. Shakirah buat post ni supaya shakirah dapat baca balik biler kita kahwin nanti inshaAllah hehe



Thanks For Reading , Come Again , Youu Are My Super Dupper Reader :) !

Happy Birthday Luqman Hakim

Hai awak, Happy Birthday! Hehe

Shakirah memang selalu teringin nak buat post untuk awak tapi tak pernah pun buat. So, this one just for you. Sekejap je kan awak dah 23 tahun. Masa mula kenal awak dulu, awak baru 18 tahun Huhu. Sedar tak sedar nak dekat enam tahun dah kita kawan kan (Bulan 12 ni lah baru genap enam tahun tu) Terima kasih awak sudi kawan dengan saya. Banyak sangat tolong saya masa dekat uitm dulu. 3 tahun banyak sangat layan kan bila stress dengan assignment semua. Selalu faham biler saya ad exam mesti awak tak kan selalu ganggu saya. Thank you for your understanding.

Shakirah betul betul tak tahu nak cakap how good u deal with my attitude. Macam mana awak ubah shakirah dari suka ikot perangai sendiri sampai lah boleh jadi penyabar yang sekarang ni. So ok ok next sebenarnya nak cerita pasal sambut birthday awak haritu lah, tapi alang alang tu cerita lah mukadimah sikit dulu Huhu

Ingat tak 15/08 saya amik awak kat rumah lepastu kita pergi makan dekat manhatten, nak makan Nando's sebenarnya kan tapi masa tu teringin sangat nak makan dekat manhatten tu. Shakirah tak dapat lah nak surprise lebih lebih, hanya tu je yang shakirah dapat bagi pada awak.

Eh! awak tak tahu kan yang shakirah ada blog ni kan hehe Haa nanti biler dah tiba masanya shakirah akan bagi lah awak baca tau Huhu So u will never forget our memories kan Huhu Harap awak simpan hadiah birthday yang shakirah bagi tu. Suka sangat tengok awak pakai. Pergi kerja pun awak pakai, kalau pergi jalan pun awak pakai. So, pergi mana mana pun awak pakai. Awak suka eh? Huhu Cantik kan beg tu, sesuai dengan awak Huhu

Awak, shakirah tak tahu lah samada shakirah ni terbaik atau tak untuk awak. Tapi shakirah sangat berharap dan sangat berusaha nak pertahankan hubungan ni. Enam tahun lama kan? Sikit je lagi awak, tak lama pun. Allah nampak usaha kita berdua nak halakan hubungan ni so sabar sabar sikit okay Huhu Kalau rasa antara kita ada ego yang perlu dijauhakan maka jauhkan lah okay. Jangan sebab tu hubungan kita habis macamtu je hehe




And lastly, Happy Birthday My Bestfriend! Huhu

Okay lah ni je saya boleh post untuk awak for your birthday. Eh lagi satu awak hutang shakirah abc tauuuu hehe Okay awak tata ~~~~





Thanks For Reading , Come Again , Youu Are My Super Dupper Reader :) !

Kehidupan

Assalamualaikum. Lama rasanya tak update blog ni. Last sekali masa shakirah sem 2. Sekarang Alhamdulillah dah grad dah and now dah kerja dah pun. Alhamdulillah Allah mudahkan semua urusan. Sebenarnya rindu nak ber-blogging ni tapi takda masa kesuntukan masa. Dari zaman belajar lagi memang teringin nak update. Biler balik cuti sem je terfikir nak update tapi haa sampai kesudah takda nya update apa apa huhu.

Syukur ke hadrat Ilahi tahun ni shakirah dah 22 tahun dah. Dari awal buat blog dulu seawal umur 17 that's why lah post yang lepas alamak aiii budak budak sangat. Tapi takpa semua tu inshaAllah jadi memori manis dan pahit dalam kehidupan ni kan hehe.

Sepanjang kehidupan lepas habis belajar ni Alhamdulillah Allah sangat murahkan rezeki shakirah. Syukur sangat Alhamdulillah. Habis belajar tak sampai lagi sebulan duduk rumah dapat offer kerja di lawyer firm even sebagai kerani tapi okay lah untuk diambil sebagai experience untuk dapatkan kerja yang lebih bagus. Lepas berhenti di lawyer firm pada akhir bulan 12/2015, shakirah mmg nak rehat dekat rumah dulu sebulan memang tak kerja lepastu sebulan je dapat tahan duduk terperap kat rumah akhirnya pertengahan bulan 2 shakirah mula cari kerja. Memang banyak mintak tak kesah lah kerja apa pun asalkan bekerja. Pertengahan bulan 3 shakirah di tawarkan bekerja sebagai Acc Assistant dekat salah satu a big Hotel dalam Melaka ni. Selepas 5 bulan shakirah mohon kerja di company pulak, dalam melaka jugak and alhamdulillah lulus interview dan juga better offer, so why not kita cuba benda baru kan? Hehe . Seronok bekerja dalam bidang sendiri selepas tamatkan diploma in Accounting 3 tahun yang lepas. The struggle was real.  Alhamdulillah sekarang rasa syukur sangat Allah mudahkan urusan dan Allah murahkan rezeki dari hari ke hari. Hehe ( The secret is jangan lupakan mak ayah kita in everything we do)

Sekarang hampir setahun dah habis belajar, and bila kira kira dah 9 bulan shakirah kerja. Sekejap nya masa berlalu. Hidup makin lama, makin mencabar tapi dalam hidup pun kita perlu jugak makin lama kena jadi lebih matang dari segi usia dan pemikiran. Kadang kadang rasa macam Ya Allah seronok nya jalan cerita yang kau tulis untuk aku ni. Mudahnya semua. Selepas susah yang kau bagi akhirnya kau mudahkan. Alhamdulillah syukur.

Ni pun curi curi waktu kerja update blog ni. Huhu. Okay lah next time boleh celoteh lagi tataaaa~~







Thanks For Reading , Come Again , Youu Are My Super Dupper Reader :) !

Ahlan wasahlan new semester.

Alhamdulilah, pejam celik pejam celik dah tiga sem shakirah belajar dekat uitm. Walaupun hati bukan dekat situ tapi demi mak ayah shakirah gagahkan juga diri untuk belajar dekat sana. InsyaAllah shakirah percaya ada hikmah ni semua. New semester yang banyak tekanan. Tak mudah nak tempuh sorang sorang. Allah anugerahkan rumate yang banyak membantu. Banyak memahami. Banyak menyayangi. Banyak buat shakirah gelak. Hari hari kat sana jadi  ceria bila bersama dengan diorang.

Harini sambil duduk duduk dekat dapur shakirah teringat sesuatu. Niat shakirah untuk sem ni. Every sem shakirah dah pasang niat. Dan begitu jugak sem ni. Perbaharui niat yang lebih cekal. Hati dan mental. Cukup rasa jatuh sekali, bukan untuk kedua kali. Bukan. Walaupun shakirah dah kehilangan orang yang sentiasa beri motivasi dalam diri ni bukan bermaksud hati dan semangat shakirah jugak hilang. Tak. Rasa macam lagi tabah. Rasa lagi tabah nak harungi semua ujian yang Dia beri. Rasa macam layak Allah uji macam ni.Sampai bila shakirah nak manja manja kan hati ni kan? Tkpe lah, shakirah tahu Allah dah bagi dia kebahagiaan dah pun :)

Sekarang cuti mid sem . Dua minggu. InsyaAllah dimanfaatkan. Rasa macam nak pergi library melaka. Study dekat sana je. Tapi tu lah. Kalau duduk dekat sana nanti dari pukul 8-5 petang lah jawabnya. Tapi lagi bagus lah daripada duduk rumah ni kan. Sekejap kejap onl twitter, Insta, Facebook. Urgh, buang masa tahuk. Huhu. Lama dah tak bercakap sendiri dengan twitter. Rasa janggal, rasa dah lama tak menaip. Kecuali taip assignment lah hehe.

Hmm, Macam macam lagi shakirah nak cerita, nak luah tapi mungkin bukan harini. Esok, lusa mungkin. InsyaAllah. Kalau Allah bagi kesempatan lagi untuk shakirah buat coretan dekat sini. Hmm,  Shakirah rindukan zaman dulu. Terlalu rindu. Wassalam.



Thanks For Reading , Come Again , Youu Are My Super Dupper Reader :) !

Updating......

Assalamualaikum lastly dapat jugak update. Alhamdulillah. Lama dah rasanya tinggal kan zaman blogger ni. Lama tak update pasal benda yang terjadi di sekeliling ni. Hm pejam celik pejam celik dah nak final dah. Tak sangka langsung. Rasa mcm baru je masuk study. Haaa, mmg sem 2 kali ni short sem. Tekejar kejar lah belajar. Subject yang shakirah risau sekarang ni account lah. Rasa macam banyak sgt belajar dalam masa yang pendek. Allah je tahu cmana risaunya sekarang. Sem ni memang kerap sgt balik rumah. Hampir tiap2 minggu. Dua kali je stay kat sana time weekend. Hm, rasa macam sunyi pulak bila stay sana. Baik balik rumah alang2 dah duduk melaka kan. Hehe. Jadual final pon dah dapat dah. Haish nervous sgt dah rasanya ni. Agak agak apa yang shakirah impkan untuk sem ni akan terlaksana tak? Allah, shakirah hanya mampu berdoa sebab Allah yang akan menentukan nanti tapi insyaAllah usaha tu yang penting kan. Doakan ok.


Rasa mcm tak sabar dah nak habes kan belajar cepat cepat. Mana tahu ada rezeki ada rezeki nak jadi accountant nanti. InsyaAllah2 hehe. Tak sabar nya nak hbes kan final lepastu boleh duduk rumah & rehat semua. Haa nak share ni...

                                                                 
                                                                      Final Mission
Okay lah sampai sini je. Ngantuk dah. Nanti update lagi. InsyaAllah. Semoga Allah merahmati :)





Thanks For Reading , Come Again , Youu Are My Super Dupper Reader :) !

No title ...


Assalamualaikum, Ehh hai. K say peace to all people in the world. Yang belakang tu adik saya. Saya sayang adik saya tak sama macam saya sayang awak. Saya sayang dia melebihi segalanya. Saya sedih bila adik sedih. Adik baik dan lebih matured dari saya hingga semua lebih percayakan dia buat kerja rumah berbanding saya. Adik saya suka marah saya tapi saya tak takot sebab dia belum tengok lagi bila turn saya marah dia kiki. K bai.

Hm sebenaunya takda benda nak update. Hm esok form6 dah mula exam. Sem2 bakal ditamatkan selepas ini. Hm good luck ye gugurl semua. Hm doa pada Allah, semoga Dia mempermudahkan semua urusan kalian. Ya Allah awak semua yang nak amik exam tapi shakirah yang berdebar. Semoga awak semua sentiasa dibawah rahmatNya. Shakirah yakin semua boleh berjaya jika kamu semua sentiasa mengiringkan usaha bersalutkan doa dan keyakinan kepada Allah. Kita selalu mendengar perkataa siapa berusaha dia berjaya dan ramai telah membuktikan. Jangan menganggap bahawa kejatuhan yang lepas menjadi penghalang buat awak semua lebih maju kehadapan. Allah semua ada Allah ada ibu bapa. Yakinlah bahawa mereka pasti sentiasa mengiringkan doa untuk melihat kejayaan awak. Kalian kene yakin pada setiap usaha kalian. InsyaAllah apa yang terjadi yakinlah bahawa Allah sentiasa merencanakan sesuatu yang baik buat awak sayang. Takecare. Much love from your big friend kihkih :*
Thanks For Reading , Come Again , Youu Are My Super Dupper Reader :) !

Marrybrown bersama mereka :)

Assalamualaikum kawan kawan. Sahabat handai yang tercinta. Nak cerita pasal hari guru semalam. Shakirah ngan ziqa pergi sekolah. Tak rancang sangat pun lah. Konon nya nak pergi amik sijil lah, padahal na jumpe kengkawan yang dah lama dan rasa dah bertahun tak jumpa ni. Huhu. Hm Sape lagi, ta lain tak bukan sayang sayang 6B1 sesume tu lah Huhu :)

Hm nihaa semalam dah lah sampai sekolah awal sangattt 8.30 lepastu duduk2 ngan ziqa kat cendawan. Ziqa cerita pasal bebudak matrik pastu ngah seronok2 cerita tetiba nampak kat zetty lepastu kitorang terus bangkit dari tempat tu sebab taknak kak zetty nampak punya pasal Huhu. Lepas amik sijil sume kitorang call kecik tapi dia tak angkat2. Kelas2 sume kosong macam takda penghuni je. Lepastu zati call. Zati tahu tak, masa angkat call tu ee tak sabar nya rasa nak jumpe korang sume..... Zati cakap tunggu belakang dewan. Malu sebenaunya nak jumpa korang tapi rasa tak sabar2 tu lagi hebatt huhu. Hm, bila nampak je dorang shakirah dah dapat rasa dah kejap lagi sekolah ni kitorang yang punya ni Hehe Bising sangat kitorang gelak2, cerita cerinti sume. Ha niha lagi satu cerita, dak zati pulak habes muka dia kene minya panas. Lahh, pity you dear :'( Zati pon mula lah cerita cmna dia boleh kene. Tahu lah kan bila zati dah start cerita. Haa, hbes lah jemah2 dia tu sume keluar Haha. Pastu jumpe comel and zikri jugak. Ni dorang je lah umat lelaki yang shakirah rapat kat situ Huhu. Dorang bahan lah pasal dah lama tk dengar gelak shakirah yang agak teruk ni, pastu bahan pasal cincin tunang ni Cehhh XD. Yang sedih bila jumpe bada knp bada nangis. Bada rindu kita ea bada? Alala. Bada, kita sentiasa doakan bada kuat dan menjadi muslimah yang sentiasa tinggi dimata Allah. Kita tahu bada akan berjaya oneday nanti okay. Keep it up dear :) Kite tak pernah lupa bada tau!! Hm, Jumpe cikgu fakhrul, cikgu KA, cikgu mai, cikgu dijah a.k.a 'akak' , cikgu nafsiah.. Rindu gila kat cikgu2. Cikgu fakhrul siap joget lak tu jumpe shakirah. Haha. Serious kelaka lah cikgu. You're the best one k. Huhu.

Pastu jumpe lah adik kesayangan shakirah. Rindu dorang jugak. Ain laila tak gemok gemok pon. Cenggitu jeee dia Huhu. Ain exam kan this year. Good luck ea ain? Bangga kan mama ngan ayah ain tau. Ain buktikan kat dorang tau? :) Hm putri pulak dah masuk lower six. Hm do your best ye. Akak tahu putri boleh bawak form6, yang penting yakin dan usaha ea :)

Hm sambutan hari guru this year best lah dari last year kan. Yang dulu punya boring bangatt. Hm, Lepas dah habes sambuta sume tu lebih kurang dalam pukul 1 kot baru gerak. Dalam perancangan kitorang nak pergi makan makan dekat mydin *Marrybrown* Ni first time nak try sedap ke tak. Hm thanks kawan2 sume sudi ikot walaupun rumah korang jauh dari mydin. Especially qila and anom lah. Thanks dear :) Tapi tengah2 makan lalat banyak!!!. Stress weyhh Huhu. Takpe pendam je perasaan sakit hati ni. Hehe. Hm, Lepas makan makan je kitorang terus pergi tunaikan kewajipan kita sebagai hamba Allah. Terus lah pergi solat. Lepas habes solat sume kitorang duduk2 kejap lepas tu salam2 nak balik. Sedihnya masa tu.... Takpe lah memang setiap pertemuan kan pasti wujudnya perpisahan so redha je lah kan. Next time jumpa lagi ea sayang2 semua. Kita sayang semua walaupun beberapa bulan je kita pernah jadi rapat sama2. Ukhuwah yang kita bina semoga sampai ke jannah. InsyaAllah. Thanks semua walaupun pertemuan yang singkat tapi cukup bermakna untuk kite :)

Kitorang kene pisah awal sebab masa tu mak ziqa dah call banyak kali k Haha. Sian ziqa! Huhu. Zati ngan anom sume nak pergi beli barang dulu kat dalam mydin. Haihh macam mak mak betol lah dorang Huhu. Dah sampai kt kereta tetibe ada sorang hamba Allah ni datang lepastu ajak minum pulak. Eeee tak malu k awak. Huhu. Masa tu dah berbolak balik dah perasaan ni nak ikot ke tak. Huhu. Slepas berbincang kitorang pon ikot je lahhh. Yelah dah bertahun tak jumpe dia Hehe. Dengan perasaan Redha kitorang pon pergi lah dengan niat nak minum2 kejap kt food court. Shakirah tahu lah yang shakirah ni pendek, didi alias ni suruh shakirah bawak kan air dia yang dia dah order tuuu. Konon sweet la tu Haha. Eeee dah la tempat nak amik air tu tinggi. Sampai hati didi alias ni. Kuang asam... Mentang2 dia tinggi. Ishhh..Lepas minum2 beborak sume kitorang pon balik lah. Thanks lah ea didi alias sebab belanja kita air. Huhu. Hm....Ok lah tu je nak cerita! Huhu thanks membaca ye huhu Loveyou! Wassalam :)


 Kembar. Nanti jumpa lagi ea :)
 Bestfriend k bestfriend 

 Cantiknya semuaaaa. Qila comel. Wewitt 

Love you more than you know :)

 Kita akan selalu rindukan zati :)

 Cecomel semua. Akak telor juga Huhu :*



Semoga persahabatan yang terjalin hingga ke syurga :)


 Jiran tersayangggggg :*

Kakak telor Hoho :D


Seronok jumpa semua. Semoga kita jumpa lagi nanti. Persahabatan yang terjalin bukan di sini sahaja. K last gambar dengan didi alias :* Satu hari nanti ira pasti lebih tinggi dari im. K tipu.

Thanks For Reading , Come Again , Youu Are My Super Dupper Reader :) !