Assalamualaikum , Hi There Thanks Because Come Here And Visit My Blog :)

Followers

Renungan bersama :)

Andai dapat kita menilai agama mana yang terindah , maka percayalah , Tiada agama yang terindah melainkan Agama Islam . Kita keluar dari rahim seorang  ibu . Kita dilahirkan ibarat sebuah kain putih yang indah dan suci . Kita berhak pelihara sejauh mana kesucian yang akan kita pelihara .

Kadang kadang kita tak sedar ALLAH banyak memberikan kita rezeki dan kemewahan . Kita tak sedar ALLAH mengasihi kita , ALLAH adalah satu satu nya yang akan berada di sisi kita apabila susah dan senang  . Namun manusia selalu terleka . Terleka dengan dunia yang sementara . 

Sebuah kisah mampu memberikan keinsafan dalam diri . Betapa banyak yang ALLAH beri kepada kita tanpa kita sedar . Tanpa kita peduli . Yang berkuasa hanyalah ALLAH . 

Setiap yang hidup pasti akan meninggal kan dunia . Namun kita tidak sedar bilakah masa kita akan dibawa ke alam barzakh dan akan dikelilingi oleh malaikat yang akan bertanya tentang apakah amalan yang kita lakukan di dunia . Bolehkan kita menjawab dengan hanya secebis ilmu di dada ? Hanya dengan iman kita yang miskin . Dengan diri yang hina . Sudah bersediakah kita menghadapi ini semua . 

Andai kubur boleh berkata :
Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits As-Samarqandi berkata jauhilah empat perkara :
1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Lazimilah empat perkara :
1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.


Andai setiap ujian yang terjadi dalam hidup ini ujian darimu . Aku (Hambamu) redha dan pasrah Ya ALLAH :

Thanks For Reading , Come Again , Youu Are My Super Dupper Reader :) !

No comments:

Post a Comment