Assalamualaikum , Hi There Thanks Because Come Here And Visit My Blog :)

Followers

Ajal maut di tangan Allah.

Assalamualaikum. Mungkin entry kali ni tak semanis entry2 yang lepas. Hari ni nak cerita pasal kematian.. Ye, kematian tu satu kemestian. Setiap umat yang hidup dekat dunia ni pasti akan meninggalkan dunia satu hari nanti. Macam tu jugak setiap pertemuan pasti berakhirnya dengan perpisahan. Allah tu maha adil, dia pisahkan kita bukan sebab dia dengki dengan makhluk2 dia tapi dia nak beri kehidupan yang lebih baik untuk umat umat dia dekat akhirat kelak. Bayangkan andai kita ni dipilih hidup dalam syurga Firdaus. Besar nya nikmat yang Allah bagi untuk kita.

Macam ni, malam tadi 7 April sebelum tidur aku terfikir Ya Allah banyak nya dosa yang aku dah buat dalam dunia ni. Layak ke aku diampunkan sedangkan aku bukan hamba yang baik yang bersungguh sungguh mintak keampunan macam hamba hamba lain. Layak ke aku tinggal dalam syurga nanti. Banyak ke amalan yang aku dah buat dalam kehidupan ni. Bila fikir aku jadi takot. Sambil lelapkan mata aku terbayang andai esok kiamat sempat ke aku dapat kan keampunan dari Allah. Keampunan ibu bapa. Rakan rakan. Ya Allah, aku takut. Aku bayang kan bila matahari terbit dari sebelah barat. Masa tu keadaan akan jadi kucar kacir dan bumi akan digulungkan separti tikar. Ya Allah aku lemah untuk ada di saat tu nanti. Aku masih tak mampu.

Memang, semenjak dua menjak ni aku selalu mimpi mak ayah, adik beradik, dan aku mimpi orang yang aku sayang. Aku jugak selalu diganggu mimpi disaat aku mati nanti. Bila terjaga aku termenung dan mata aku berair separti baru lepas mengis. Ini bukan sekali dua aku bermimpi. Hm,. Ni ke petunjuk Allah untuk aku. Aku pernah bagitahu 'dia' yang aku selalu mimpi tentang kematian. Bagi Dia, Mungkin tu memang mainan tidur tapi bagi aku tak. Tu satu benda yang sangat menakutkan. Aku takut Ya Allah andai kau tarik nyawa aku sebelum aku sempat bertaubat dan bersujud padaMu.

Sambil berfikir aku terlena, aku dihantui mimpi yang sama. Saat saat aku hampir menemui ajal. Kebetulan rumah aku di tepi pantai. Air ombak menghentam kuat. YaAllah apa yang aku takut kan kini betul betul terjadi dihadapan aku. Mata aku menangis sekuat kuat Nya. Masa tu aku harap Allah bagi aku satu lagi peluang untuk bertaubat. Aku berdoa saat orang semua dalam ketakutan. Keadaan haru biru. Aku berharap ombak yang kuat akan menjadi tenang seperti biasa. Aku berharap Allah masih lagi mendengar doaku dan memakbulkanNya. Saat membuka mata air yang menggila kini  semakin surut. Aku terkedu, Ya Allah besar sungguh nikmatMu. Kau lah maha mendengar lagi maha mengasihani. Kau masih bagi peluang di saat aku terasa sangat hina di matamu. Aku tersedar dari mimpi. Aku masih ada di dunia kerana Allah nak memberi peluang untuk bertaubat. Sesungguhnya kau adalah sebaik baik penentuan.




Thanks For Reading , Come Again , Youu Are My Super Dupper Reader :) !

No comments:

Post a Comment